MAKNA SEBUAH HADIAH....
IslaIslam menganjurkan umatnya agar saling mendekatkan hati, saling bersaudara dan mencintai satu sama lain.Antara cara yang disarankan ke arah keakraban itu adalah dengan memberikan hadiah. Amalan ini dikatakan mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan, menenagkan kemarahan dan melenyapkan rasa iri hati dan dengki.
Hadiah akan membawa kesan perdamaian, rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. Disebabkan itu juga, Rasulullah menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini adalah pengaruh tersendiri.
Baginda bersabda yang bermaksud,
"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai". (Riwayat Bukhari)
Pesan Baginda lagi,
"Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah.." (Riwayat Ahmad dan Bukhari)
Dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak Rasulullah adalah wangi-wangian. Malah Rasulullah juga ada berpesan mengenai hal ini,
"Siapa sahaja yang dihadiahi 'Raihan' (wangi-wangian, maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa, namun sedap baunya." (Riwayat Muslim)
Pemberian hadiah hendaklan didahulukan kepada kaum keluarga terdekatseperti ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri. Selain itu juga boleh mendahulukan orang yang dekat di hati kita. Imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, telah mengetengahkan dua hdis. Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan penmberian hadiah kepada pak cik dari sebelah ibu, dan yang kedua ketika ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patut didahilukan beliau menjawab, "yang paling dekat pintunya dengan kamu."
No comments:
Post a Comment