Tuesday, July 28, 2009

Monday, July 27, 2009

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada :-

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..
"Tuhan turun tiap-tiap malam ke langit yang paling rendah ketika sepertiga malam yang terakhir serta berkata : Barang siapa yang memohon kepada-Ku nescaya Ku-beri dan barang siapa yang meminta ampun pada-Ku nescaya Ku-ampuni".
(Sahih Muslim)

"Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosanya itu".
(Riwayat At-thabarani & AlBaihaqi dari Ibnu Umar r.a)

"Apabila seseorang kamu solat (menjadi imam), hendaklah meringkaskannya kerana di antara makmum, ada orang yang lemah, orang sakit dan orang tua dan apabila dia solat sendirian panjangkan sekehendak hatinya".
(Sahih Bukhari)

"Sempurnakan sujudmu! Jangan meletakkan kedua lenganmu dalam sujud ke bumi seperti anjing dan apabila meludah janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan kerana anda sedang berbisik kepada Tuhan".
(Sahih Bukhari)

"Sesungguhnya Allah telah berfirman pada hari Kiamat kelak: Mana orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKu".
(Sahih Muslim)
"Bertakwalah kepada ALLAH di mana kau berada dan sambunglah perbuatan jahat itu dengan kebaikan supaya terhapus (kejahatannya), dan bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik (akhlak yang baik)".
(Riwayat At-Tirmidzi)

"Sentiasa ada segolongan dari umatku hingga hari Kiamat yang berjuang membela kebenaran dan akan menang. Pada ketika itulah Nabi Isa akan turun, berkata pemimpin mereka itu kepada Nabi Isa: Tidak, kerana kamu dapat pimpin-memimpin sesamamu, sebagai kehormatan dari Allah kepada umat ini".
(Sahih Muslim)

"Tanam-tanaman yang diairi air hujan dengan mata air atau tanam-tanaman yang tumbuh di rawa-rawa, zakatnya sepersepuluh dan yang diairi dengan tenaga angkutan, zakatnya seperduapuluh".
(Sahih Bukhari)

"Ada lima macam binatang yang tidak berdosa jika seseorang membunuhnya iaitu gagak, helang, tikus, kala jengking dan anjing yang berbahaya".
(Sahih Bukhari)


"Barang siapa bermimpi, seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari Al-Quran tetapi tidak diamalkan dan solat wajib ditinggalkan".
(Sahih Bukhari)
" Tidak akan terjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti satu petikan api."
(Riwayat At-Tirmidzhi)

"Barangsiapa yang membuat ibu bapanya GEMBIRA (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah. Barangsiapa pula yang meNYAKITI hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian dari Allah."
(Riwayat Bukhari)

"Kalau sekiranya orang ramai mengerti apa yang mungkin terjadi dalam pemergian bersendiri sebagaimana yang saya ketahui, tentulah tiada seorang pun pengembara akan berjalan pada malam hari sendiri sahaja".
(Sahih Bukhari)


"Pada hari Kiamat Kelak, setiap hak akan diberikan kepada ahlinya (orang yang punya hak), sampai hak seekor kambing yang tidak bertanduk diambilkan dari kambing yang bertanduk".
(Sahih Muslim)


"Tuhan tiada memberi hukuman kepada umatku terhadap apa yang bergerak dalam dadanya (keinginan yang salah) selagi belum dikerjakan atau belum diucapkannya".
(Sahih Bukhari)


"Ahli warisku tiada mempusakai dinar dan dirham. Apa yang aku tinggalkan, selain dari belanja isteriku dan keperluan pembantuku adalah untuk sedekah".
(Sahih Bukhari)

Friday, July 17, 2009






MAKNA SEBUAH HADIAH....




IslaIslam menganjurkan umatnya agar saling mendekatkan hati, saling bersaudara dan mencintai satu sama lain.Antara cara yang disarankan ke arah keakraban itu adalah dengan memberikan hadiah. Amalan ini dikatakan mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan, menenagkan kemarahan dan melenyapkan rasa iri hati dan dengki.




Hadiah akan membawa kesan perdamaian, rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. Disebabkan itu juga, Rasulullah menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini adalah pengaruh tersendiri.




Baginda bersabda yang bermaksud,


"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai". (Riwayat Bukhari)




Pesan Baginda lagi,


"Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah.." (Riwayat Ahmad dan Bukhari)




Dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak Rasulullah adalah wangi-wangian. Malah Rasulullah juga ada berpesan mengenai hal ini,


"Siapa sahaja yang dihadiahi 'Raihan' (wangi-wangian, maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa, namun sedap baunya." (Riwayat Muslim)




Pemberian hadiah hendaklan didahulukan kepada kaum keluarga terdekatseperti ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri. Selain itu juga boleh mendahulukan orang yang dekat di hati kita. Imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahulu harus diberi hadiah, telah mengetengahkan dua hdis. Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan penmberian hadiah kepada pak cik dari sebelah ibu, dan yang kedua ketika ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patut didahilukan beliau menjawab, "yang paling dekat pintunya dengan kamu."

SaLam DaRi SaKuRa..


hello

abah ku sayang..

abah ku sayang..
ni lah abah aku.. aku sayang sangat kat dia.. walaupun umur abah dah 53tahun, tapi abah still nmpk muda sebab abah suka senyum dengan semua orang... abah mmg cool...

my mom...

my mom...
ni pulak mak aku...sebenarnya susah nak amik pic mak aku ni..tapi nasib aku dapat jugak amik pic dia...hehehe...

kakak aku...

kakak aku...
ni la kakak aku..dia ni sbnrnyer keje smbil smbng belajar dkt UKM.. Alhamdulillah,dia akan dapat degree tak lama lagi.. Tahniah..

adik2 aku...

adik2 aku...
buat lela,tahniah sebab dapat jugak ko masuk asrama.. buat enje,blajar rajin2, smpai dapt result cmrlng..

tompok ku...

tompok ku...
ni lah kucingku yang paling gedik dalam dunia....